Bahan:
– Rebung fresh
– Udang (dicuci dan disiang)
– Cili padi (ikut nak banyak mana ikut selera pedas)
– 1 inci kunyit hidup
– Daun kunyit (mayang halus)
– 1 batang serai
– Santan segar
– Asam kepingĂ‚
– Air secukupnya
– Garam bukit secukup rasa
1) Tumbuk sekali kunyit dan cili padi sampai lumat.
2) Ketuk serai bagi lenyek sikit.
3) Masukkan bahan tumbuk tadi dalam periuk. Masukkan separuh santan, rebung dan asam keping. Didih guna api sederhana sampai menggelegak.
4) Baru masukkan udang. Kacau dan masukkan baki santan serta garam cukup rasa.
5) Biarkan selama 10 minit dan tutup api.
6) Sedia untuk dihidang.
#DrRizal