Sup Herba Cina

Homepage Forums Resepi Neuro Sup Herba Cina

  • This topic is empty.
Viewing 1 post (of 1 total)
  • Author
    Posts
  • #9262
    Solehah
    Keymaster

    Bahan-bahan:

    -Air untuk merebus
    -25 gm kurma merah
    -300 gm isi ayam
    -5 biji cendawan kering
    -2 1/2 liter air (untuk sup)
    -6 gm goji beri
    -3 ulas bawang putih
    -2 tangkai daun ketumbar – dihiris
    -garam secukup rasa
    3 keping halia
    1 biji cili merah – dibelah 2, buang biji

    Cara-cara:
    1. Panaskan air hingga mendidih
    2. Masukkan isi ayam, masak selama 5 minit. Toskan isi ayam. Buang air itu.
    3. Panaskan air untuk sup. Bila mendidih, masukkan ayam, bawang putih, halia, cili dan semua herba kecuali daun ketumbar.
    4. Renihkan di atas api perlahan hingga isi ayam empul. Tambah garam secukup rasa.
    5. Sajikan dengan hirisan daun ketumbar.

    Siap untuk dimakan. Selamat mencuba 😋

Viewing 1 post (of 1 total)
  • You must be logged in to reply to this topic.