Bahan-bahan:
– 1 sudu makan minyak zaitun
– 2 batang cili merah (potong kecil)
– 1 biji bawang Holland (potong baji)
– 2 biji tomato (potong baji)
– 1 batang timun (potong serong)
– 1/2 batang lobak merah (potong serong)
– 1/2 biji capsicum (potong dadu)
– 2 batang daun bawang (potong kasar)
– Segenggam daun ketumbar (potong kasar)
– Ikan siakap (disiang & goreng)
Untuk buat sos:
– 4-6 biji buah laici
– 2 sudu makan jus lemon
– Separuh gelas air perahan laici
– 2 sudu makan sos plum
– Pati ayam secukup rasa
– 2 sudu makan puri cili
– 2 sudu makan puri tomato
– Cuka secukup rasa
– Gula kelapa secukup rasa
– Garam secukup rasa
Caranya:
1) Satukan semua bahan buat sos dalam mangkuk (kecuali buah laici).
2) Panaskan minyak dalam kuali.Â
3) Masukkan bahan 1-7 kecuali daun ketumbar dan ikan siakap.
4) Goreng kilas sekejap. Kemudian, tuang sos yang digaul.Â
5) Biarkan mendidih selama 5-10 minit.
6) Akhir sekali, masukkan laici dan daun ketumbar. Tutup api.
7) Tuang sos ke atas ikan siakap.
#DrRizal