Bahan-bahan:
• 6 sudu minyak zaitun
• Bawang besar
• Bawang merah
• Bawang putih
• 250 gram quinoa
• 1 biji lemon
• Garam laut/kosher
• black pepper
• 1/2 batang timun jepun
• lobak merah
• lada merah
• daun pasli
• tomato
Cara-cara:
1. Bilas quinoa dengan bersih kemudian toskan.
2. Masak quinoa selama 15 minit. Kecilkan api.
3. Panaskan minyak zaitun. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar.
4. Gaulkan quinoa bersama bahan tumis tadi, kemudian masukkan timun jepun, lobak, lada, baby tomato dan daun parsley.
5. Tabur sedikit serbuk black pepper.
6. Salad quinoa sedia untuk disajikan.