Homepage › Forums › Resepi Neuro › Popcorn Bawang Putih Parmesan
- This topic is empty.
- AuthorPosts
- 27/07/2023 at 5:04 pm #9374
Solehah
KeymasterBahan bahan:
• 1 cawan biji jagung
• 5 ulas bawang putih (tumbuk halus)
• 3/4 sudu teh serbuk bawang putih
• 4 sudu makan unsalted butter (dicairkan)
• Separuh genggam keju Parmesan
• 1/4 sudu teh herba thyme
• 1/8 sudu teh herba basil
• 1/8 sudu teh herba oregano
• Secubit garam
• Secubit lada hitam
• Red pepper flakes (untuk kepedasan)Caranya:
[popcorn.jpg]
1. Â Letupkan biji jagung dalam pan lekuk dalam. Tutup pakai penutup.
2. Panaskan butter dan bawang putih sekali. Kacau dan tekan tekan untuk lumatkan bawang putih.
3. Kalau tak rasa bawang, boleh tambah serbuk.
4. Masukkan keju Parmesan. Panaskan sehingga cair.
5. Akhir sekali, masukkan herba, garam, lada hitam dan red pepper flakes. Kacau.
6. Tuangkan dalam biji jagung tadi. Goncangkan sehingga diselaputi.
7. Siap untuk dihidang.#DrRizal
- AuthorPosts
- You must be logged in to reply to this topic.