Mashed Sweet Potato Susu Kambing

Homepage Forums Resepi Neuro Mashed Sweet Potato Susu Kambing

  • This topic is empty.
Viewing 1 post (of 1 total)
  • Author
    Posts
  • #9347
    Solehah
    Keymaster

    Selalu pekena mashed potato pakai ubi kentang putih dan susu lembu. Kalini ubahsuai jadi versi sihat. Guna keledek manis. Pakai susu kambing.

    Resipi paling mudah. Tak kompleks.

    Bahan-bahan:
    • 4 biji keledek manis
    • 1/4 cawan kacang yang dicincang halus.
    • 1/2 cawan susu kambing
    • 2 sudu makan mentega susu kambing
    • 1/4 sudu teh serbuk kayu manis
    • 1/4 sudu teh garam

    Cara-cara:
    1. Kukus keledek dalam pengukus selama 10-15 minit (sehingga lembut).
    2. Tuskan. Letakkan keledek ke dalam mangkuk.
    3. Campurkan susu kambing, mentega, serbuk kayu manis, dan garam.
    4. Campurkan sekali dengan keledek. Hancurkan guna garpu.
    5. Hidangkan bersama kacang yang dicincang tadi.[mashed.jpg]

Viewing 1 post (of 1 total)
  • You must be logged in to reply to this topic.