Bahan-bahan:
• 5-6 ekor ketam (boleh guna udang)
• Nanas (potong dadu)
• 4 biji bendi
• 500ml santan segar
• 10 biji cili padi (ikut selera)
• Kunyit (ditumbuk)
• Serai (diketuk)
• 2 cawan air
• Garam himalaya secukup rasa
Cara-cara:
1. Tumbuk cili padi dan kunyit sehingga halus.
2. Panaskan periuk. Masukkan pes tadi bersama sedikit air. Kacau selama 2 minit (sehingga naik bau).
3. Masukkan ketam, separuh santan, serai dan nanas. Didihkan selama 5-10 minitÂ
4. Kemudian, masukkan lebihan santan dan garam secukup rasa. Didihkan selama 2-3 minit. Masukkan bendi. Tunggu 1-2 minit kemudian tutup api.
5. Hidangkan bersama nasi.
#DrRizal