Bahan:
• 1@2 tangkai bunga kunyit
• 1 helai daun kunyit muda
• 1 batang serai
• Ikan bilis goreng
• Cili besar@padi
• Belacan
• Garam bukit
• Gula kelapa
• Perahan limau kasturi
• Lada hitam
Cara:
1. Â Hiris halus halus bunga kunyit dengan daun kunyit muda.Â
2. Sediakan lesung batu. Tumbuk ikan bilis (digoreng) dengan cili.Â
3. Ikut nak guna cili jenis apa ikut tahap kepedasan yang disukai.Â
4. Tambah belacan (sekali dengan serai dihiris nipis) dan tumbuk sampai halus.
5. Bila dah siap tumbuk, gaulkan dengan bunga kunyit dan daun kunyit yang sudah dibasuh, dileraikan dan dihiris nipis nipis.
6. Untuk perasa, masukkan garam bukit, gula kelapa, lada hitam dengan jus perahan limau kasturi. [kerabu bunga kunyit.jpg]