Bahan-bahan:
• Ayam ½ ekor
• Bawang putih 4 ulas
• Kicap manis 3 sudu besar
• Madu 3 sudu besar
• Halia 2 inci
• Lada hitam 1 sudu kecil
• Sos tiram 2 sudu besar
• Garam himalaya secukup rasa
Cara – cara memasak:
1. Didihkan air sekejap, kemudian rebus ayam separuh masak, angkat dan toskan.Â
*Nota: Sekiranya tidak mahu rebus pun tak apa, boleh sahaja terus perap.
2. Kemudian, tumbuk lada hitam, bawang putih dan halia.
3. Lumurkan ayam atau perap dengan bahan tumbuk, kicap, sos tiram, madu dan garam.
4. Perap untuk 30 minit. Tapi, lagi lama lagi sedap